MENCARI HUKUM ALLAH

“Sesungguhnya Hak Pembuat Hukum Hanyalah Allah swt”

  • Komentar Terbaru

    infogue di Penyebab Kecelakaan, Rok Mini…
    Esa di Kaulah jadi Penguasa Hati…
    Esa di Jubir HTI Ismail Yusanto: Cerm…
    dayati di Akibat menerima Telpon Saat HP…
    arRa II di GEMBONG2 MUNAFIK
    ressay di Jubir HTI Ismail Yusanto: Cerm…
    canaprasetya di Khilafah Bukan Sistem Tot…
    den Koplak di Pembela Akidah yang Vokal itu…
    Yannah Az Zahra di GEMBONG2 MUNAFIK
    khilafahstuff di RUMAH PALING ANGKER DI INDONES…
  • IP
  • Arsip

  • Flickr Photos

  • Tulisan Teratas

  • BAHAYA ISLAM LIBERAL….!!!!!

    Posted by canaprasetya pada Juni 5, 2008

    OLEH : RUMAIZI ( Dari ; http://albakaky.tripod.com/artikel )
    MUKADDIMAH

    Sepanjang sejarah Islam, berlaku pelbagai aliran pemikiran yang tidak kurang berlaku penyelewengan;
    1. Syiah
    2. Khawarij
    3. Muktazilah
    4. Ahl Sunnah Wal Jamaah
    5. Jabbariah, dll.
    Mutakhir ini timbul beberapa aliran baru dan yang paling mengancam ialah aliran Islam Liberal.
    TAKRIF
    Dari segi bahasa liberal bermaksud bebas . Islam Liberal bermakna Islam yang bebas. Motto mereka ialah “ mencerahkan, membebaskan” .

    SEJARAH KEMUNCULAN
    Muncul bersama proses “sekularisasi” dalam dunia Islam yang diasaskan oleh Mustapha Kamal Atarturk. Pada mulanya para pengasas gerakan ini ialah mereka yang terpukau dengan kemajuan Barat dan tersilau dengan kemunduran umat Islam. Berasal dari aliran pemikiran modernis yang lebih radikal dan berani.
    Mempunyai jaringan hampir di seluruh dunia meliputi Mesir, India, Pakistan, Bangladesh, Amerika, Perancis, Malaysia, Turki, Jordan, Sudan, Syria, Moroko, Tunisia, Lebanon, Algeria, Nigeria dll .
    Ia begitu popular di Indonesia dengan gerakan “Jaringan Islam Liberal”nya yang dipelopori oleh tokoh-tokoh yang bukan alang anak seperti Nurcholis Majid, Ulil Absar Abdalla, Taufik Adnan Amal, Luthfi Asy-Syaukani, Komarudin Hidayat, Kautsar Azahari Noer, dll.
    Ia mula dibawa ke Malaysia melalui beberapa individu dan NGO tertentu.

    ASAS PEMIKIRAN

    Pada dasarnya pemikiran mereka berasaskan kepada falsafah Barat yang dipelopori oleh Kant, David Hume, Nietzsche, Satre dan lain-lain yang memberikan penekanan terhadap rasionalisme (akal) dan liberalisme (kebebasan) atau pembebasan manusia daripada tradisi dan dogma ( kepercayaan agama ).
    Isi ajaran falsafah Barat ini diadukkan dengan nilai-nilai Islam yang sesuai menurut pemikiran Barat tersebut.

    AGENDA
    Umumnya terdapat 4 agenda Islam Liberal;
    1. Agenda Politik – mensekularisasikan politik dengan merungkaikan syariah daripada pemerintahan.
    2. Agenda Toleransi Agama – mensetarakan semua agama.
    3. Agenda Emansipasi Wanita – memperjuangkan pembebasan dan pembelaan hak-hak wanita menurut perspektif (pandangan ) Barat.
    4. Agenda Kebebasan Bersuara- Islam milik semua orang justeru semua orang boleh menafsirkan agamanya sendiri.

    ISI AJARAN
    Antara beberapa ajaran Islam Liberal ialah;

    1. Sekularisme
    Agama hanyalah ibadat ritual semata-mata dan tidak ada kena-mengena dalam kehidupan duniawi.

    2. Pluralisme dan Inklusivisme
    Menganggap agama semuanya sama kerana;
    a. Menuju kepada kepercayaan yang sama iaitu Tuhan dalam bentuk dan persepsi masik-masing.
    b. Mengajar nilai-nilai baik yang sama secara universalnya.
    c. Penentuan lepas mati ditentukan oleh budi bukan akidah.

    3. Menolak autoriti ulama
    Islam milik semua dan semua orang berhak untuk memberikan tafsiran kepada agama mereka sendiri. Oleh kerana ulama sering bertentangan dengan kehendak mereka maka autoriti ulama perlu dihapuskan termasuk “imuniti” para mufti.

    4. Menilai semula al-Quran
    al-Quran perlu dinilai semula bukan sahaja tafsirannya tetapi juga perlu disunting semula edisinya secara kritis. al-Quran boleh ditafsir oleh sesiapa yang mahu.

    5. Menolak kemutlakan al-Sunnah
    Menganggap al-Sunnah / hadis Nabi suatu produk sejarah yang hanya sesuai pada zamannya (zaman dahulu) dan ia perlu dinilai secara keseluruhan untuk disesuaikan dengan zaman ini.

    6. Merungkaikan syariah
    Memberikan wajah baru kepada hukum-hukum syarak dengan menyesuaikan ia mengikut kehendak zaman dan membuang beberapa prinsip syarak yang asas jika bertentangan dengan akal, kehendak zaman dan kepentingan tertentu.

    7. Menolak hukum akhlak
    Menyaring hukum-hukum akhlak dan disesuaikan dengan deklarasi Hak-hak Asasi Manusia yang digubal oleh Barat. Menolak undang-undang moral. Pergaulan bebas, budaya hedonisme, seks bebas dan sebagainya bukan satu kesalahan.

    8. Mendewakan akal
    Mengukur sesuatu menurut rasional akal fikiran dan bukan mengikut timbangan al-Quran dan al-Sunnah.

    BAHAYA ISLAM LIBERAL
    Berdasarkan kepada beberapa prinsip Islam Liberal, ia merupakan bahaya yang besar kepada umat Islam antaranya;

    1. Membahayakan akidah – semua agama adalah sama, manusia bebas untuk menukar agama sesuka hati kerana tiada bezanya agama ini.
    2. Membahayakan kehidupan masyarakat Islam yang berakhlak mulia apabila nilai-nilai hidup bebas Barat merupakan satu hak asasi.
    3. Meruntuhkan tamadun Islam- Tamadun Islam dibina atas dasar al-Quran dan al-Sunnah dan bebas daripada kehendak musuh Islam. Islam Liberal adalah tajaan dan sokongan Barat yang hendak menghancurkan budaya, tamadun dan keutuhan umat Islam.
    4. Mengelirukan umat – umat menjadi keliru dengan Islam yang sebenar dengan adanya pelbagai pemikiran yang pelbagai versi menyebabkan;
    5. Memecah belahkan kesatuan umat- apabila gejala taasub dan fanatisme akibat daripada kemunculan pelbagai aliran yang tidak berakar umbi yang satu.

    CARA MENGHADAPI CABARAN ABAD 21 INI.
    1. Menjadikan al-Quran dan al-Sunnah pegangan utama dalam menilai segala sesuatu.
    2. Menuntut ilmu agama secara lengkap dan berterusan melalui ahlinya yang muktabar.
    3. Memantapkan ibadah yang akan melahirkan akidah dan pegangan yang mantap dalam Islam.
    4. Islam adalah Islam sebagaimana yang dibawa oleh nabi Muhammad SAW, tanpa modifikasi dan tokok tambah.

    Rujukan;

    1. Akar Pemikiran Islam Liberal – Khalif Muammar (http: //www.khaira-ummah.cjb.net)
    2. Majalah i bil.33/Julai 2005 terbitan Kumpulan Karangkraf.
    3. Fiqih Lintas Agama – Nurcholis Madjid dkk, Yayasan Wakaf Paramadina ( Jaringan Islam Liberal).
    4. Koreksi Total Buku Fikih Lintas Agama – Agus Hasan Bashori, Pustaka al-Kautsar.
    5. Usul Fiqih Palsu Kaum Liberal – M. Shiddiq al-Jawi.
    Iklan

    Tinggalkan Balasan

    Please log in using one of these methods to post your comment:

    Logo WordPress.com

    You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

    Gambar Twitter

    You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

    Foto Facebook

    You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

    Foto Google+

    You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

    Connecting to %s

     
    %d blogger menyukai ini: